" Ya Allah.. sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa yang berlaku di langit dan di bumi,, inikan pula apa yang berlaku di dalam hatiku.. Ya Allah,, sesungguhnya kehiduan yang aku lalui ini adalah atas kehendak mu.. dan sesungguhnya engkau lebih mengelali diri ku ni, berbanding aku.. aku terlalu kerdil untuk meminta, tetapi tidak ada sesiapa lagi yang lebih layak untuk aku meminta pertolongan..."
"Ya Allah.. bantulah aku untuk menjadi seorang anak yang baik, hamba yang taat kepada mu, dan juga seseorang yang berguna kepada masyarakat ku.. selamatkan lah aku daripada gelora nafsu manusia.. selamatkanlah ibu bapa ku, ahli keluarga ku, mereka-mereka yang aku sayang, dan juga semua saudara yang seislam denga ku.. selamatkan lah kami di dunia dan di akhirat kelak.."
"Ya Allah.. hati ku ini dalam keadaan yang gundah gelana.. aku di dalam gelora "perasaan" dan "iman".. kehadiran seseorang yang pada mulanya menjadi salah satu dahan kegembiraan dan kebahagian ku, kini telah patah,, pemergiannya meninggalkan kenangan yang menghantui kehidupan ku.. aku menjadi seorang yang sering merungut, dan sering mempersoalkan apa yang telah engkau takdirkan untuk ku.. "
"Ya Allah... "iman" ku ingin meredhai pemergiannya,, aku ingin memaafkan perbuatanya, aku ingin berbaik semula dengannya atas dasar saudara sesama islam.. aku ingin menjadikan semua masa yang aku pernah luangkan untuknya sebagai kenangan yang terindah.. aku ingin menghalalkan segala masa, perhatian dan segala-galanya yang pernah aku berikan kepadanya.. aku ingin menerima segala yang telah engkau tentukan untuk ku ini dengan redha.. aku ingin melepaskan segala-galanya agar hati ini dapat bernafas,, aku ingin melupakan semuanya agar tidak ada dendam yang tumbuh di hati ini.. "
"Tetapi "perasaan" ku tidak begitu.... alangkah beratnya semua itu... menggapa semakin aku mencuba,,, semakin aku terluka.... aku benar-benar ingin dia tahu yang aku sangat terluka di sini.. bukan aku mahu dia juga terlluka.. tetapi fahamilah yang aku masih tersekat di tempat semuanya berakhir.. aku masih tidak mampu mengangkat kaki untuk melangkah pergi.. kerana aku takut yang dia akan kembali, dan aku tidak ada di situ... aku tidak tahu menggapa aku masih lagi mengharapkan yang semua ini hanya satu mimpi,, dan segala akan kembali seperti dulu apabila aku bangun pada keesokkannya.. bantulah aku ya allah..."
"Ya Allah.. bantulah aku meredhai segalanya,,, menghalalkan semuanya,,, dan memaafkannya agar tidak tumbuh perasaan benci kepadanya,,, aku tidak sanggup membenci seseorang yang aku sayang.. aku tidak mahu memusuhinya sedangkan aku sangat merinduinya.. aku tidak mahu memalingkan muka ini dari memandangnya kerana aku sangat ingin menatap wajahnya.. "
"Ya Allah.. izinkan aku terus mengingati dia kerana, aku tidak mampu melupakannya.. izinkan aku terus menyayanginya kerana aku tidak mungkin boleh membenciya.. bantulah aku menghalalkan semuanya, kerana aku tidak ingin membebankan dia di akhirat kelak.. kerana aku telah menganggapnya seperti ibu ku sendiri..."
Amin..