"Bukan mudah untuk membenci sesuatu yang kita suka. Bukan juga mudah menyukai apa yang kita benci"
Khamis, 17 April 2014
ku kirim hadiah untuk mu
Selamat hari lahir, wahai hamba allah yang mulia,,
aku tidak berada di sisi mu, bukan bererti aku membenci,,
aku tidak memberi ucapan, bukan bermakna aku melupakan,,
aku tidak mengirim hadiah dunia, bukan kerana aku tidak mahu..
selamat hari lahir, wahai wanita soleha itu.
aku ingin sekali berada di sisi mu, saat kamu sedang bahagia atau sebaliknya,
aku ingin mengucapkan tahniah, di saat ekngkau sedang berjaya,
aku ingin sekali memberikan engkau ganjaran, pada setiap kejayan mu..
selamat hari lahir, wahai saudari yang pernah memberikan kasihnya kepada ku.
aku tidak mamu untuk berada di sisi zahir mu, aku hanya mampu untuk terus menemani mu dalam doa ku,
aku tidak layak untuk memberi apa-apa kepada mu di dunia ini, maka aku kirim doa ku kepada tuhan mu,
aku tidak dapat untuk membahagikan mu dengan pemberian duniawi ini, maka akan ku kirimkan setiap doaku untuk mu..
selamat hari lahir, wahai wanita yang ku kasihi..
mungkin hadiah ini tidak dapat engkau nilaikan dengan nilai dunia ini,, maka engkau nilailah in di akhirat kelak,
semoga dapat engkau nilaikan apa yang telah aku kirimkan untuk mu..
Langgan:
Catatan (Atom)