bismillah...
aku menulis ini hanya kerana aku tidak mampu untuk menzahirkan kata-kata ini dari mulut ku sendiri, kerana andai kata aku menzahirkanny mungkin akan ada hati yang bakal terluka dan akan ada yang melukakan,,
andai kata dia menjumpai apa yang kau tulis ini, maka itu adalah takdir,,
hati ini sudah cukup sesak untuk berpura-pura seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku,, aku cuba untuk berkelakuan sebaik mungkin untuk menjernihkan hubungan ini,, aku meletakkan semua kesalahan ini di bahu ku dan berusaha untuk senyum setiap kali berdepan dengan kamu..
aku cuba sebaik mungkin untuk tidak manjadikan hubungan ini janggal, kerasa sebelum ini hubungan yang terjalin itu membahagiakan aku..
bukan aku mintak untuk kamu memohon kemaafan dari ku. cukup sekadar kamu dapat melayan ku dengan mesra seperti rakan-rakan ku yang lain..
tetapi aku seakan-akan berusaha seorang diri.. kerana setiap kali aku mencuba untuk mendekati mu seperti mereka yang lain.. engkau seolah-olah menjauhkan diri mu dari ku.. adakah segalanya akan menjadi pahit kerana satu kesilapan dulu..
tidak boleh kah engkau mengalah sedikit untuk ku..
kini aku bakal pergi.. pergi jauh dari pendangan zahir dan juga terlalu jauh dari rasa batin mu...adakah di hujung peninggalan ini juga engkau masih mahu menjauhi ku.. tidak kah engkau mahu memberikan aku pelukkan dan menghadiahkan aku dengan kata-kata semangat mu??
adakah aku terlalu tidak layak untuk mendapatkan semua itu sedangkan aku juga adalah salah seorang dari mereka yang engkau beri ilmu itu??
adakah aku sebenarnya tidak sepatunya menjejakkan kaki ku di tempat mu..
maaf aku katakan.. tapi ini adalah rasa terluka yang paling perit yang engkau beri kepada ku...
ye.. aku kecewa dan sangat terkilan... terlalu terkilan sehinggakan aku tidak mampu untuk meluahkannya...
aku akan pergi jauh....