"Bukan mudah untuk membenci sesuatu yang kita suka. Bukan juga mudah menyukai apa yang kita benci"
Jumaat, 3 Oktober 2014
kedukaan ini
ya allah...
di setiap bayangan buruk ku telah engkau jadikan kenyataan..
di setiap keinginan indah ku telah engkau letakkan halangan..
di setiap angan-angan ku telah engkau jadikannya hanya mimpi indah untuk ku..
ya allah...
aku terluka oleh orang di sekeliling ku..
mereka yang aku sayangi menjadikan aku seolah-olah tidak mempunyai perasaan..
di setiap luka yang mereka toreh di hati ku. aku tetap juga sayang kepada mereka..
menggapa hati ini tidak hanya benci kepada mereka??
menggapa aku tidak mampu untuk membalas segala apa yang mereka buat kepadaku..
menggapa aku masih boleh memaaf kan mereka..
aku juga ingin mereka merasa sakit yang aku rasakan ini..
kerana tidak ada sesiap pun yang mendengar rintihan ku melainaan engkau ya allah..
ya allah...
semalam aku berpura-pura bahagia..
hari ini juga aku berpura-pura ketawa..
bagaimana dengan hari esok??
ya allah...
bantulah diri ini dan mereka yang memerlukan di luar sana
AMIN..
kerana jarak itu memisahkan..
assalamualaikum..
bismillah.. dan alhamdulliah..
kini diri ini adalah sebagai seorang mahasiswi di salah satu pusat pengajian tinngi awam di malaysia.. saya telah bejalan membelah awan, melalui langit, terawang di udara untuk sampai ke sini.. negeri sabah di bawa bayu.. azam yang telah di tanam untuk menjadi manusia yang berguna kini telah mula di praktikkan.. saya berada di tempat baru, berjumpa dengan orang yang baru, juga menerima logat bahasa yang baru.. setiap kelainan yang saya jumpa, saya jadikan ia sebagai pelajaran yang baharu..
tetepi rupanya ada jarak yang memisahkan negeri di sini dengan negeri yang disana.. walaupun kita semua ini adalah di bawah satu negara. tetapi kita ini meletakkan diri ini sebagai "ORANG NEGERI" dan bukannya "NEGARA"..
SEMENANJUNG..
masih wujud mereka yang di sememnanjung yang menganggap bahawa negeri sabah dan serawak itu mundur, orang asli, tidak mempunyai pendidikan..
SABAH DAN SERAWAK
mereka ini menganggap orang sememnanjung ini sombong, bongkak, dan lebih baik duduk di semenanjung sahaja..
ye.. jarak negeri kita berjauhhan. kita saling tidak dapat untuk berkongsi adat dan pendapat. apabila semenanjung dan sabah serta serawak ini bertemu, kita saling tidak dapat menerima kehadiran masing-masing... hubungan persahabatan menjadi kekok dan ini akan menyebabkan kite susah untuk belajar adat resam negeri masing-masing.. kalau beginilah keadaannya, sampai bila-bila pun kita ini hanya manjadi "ORANG NEGERI"..
Ada seseorang yang memberi tahu saya, "sabah dan serawak boleh mentadbir negeri sendiri dan tidak perlu berada di bawah "negara malaysia".. saya, tidak menafikan, tetapi saya juga tidak mengiakan.. saya hanya menjawab, "saya ke sini sebagai rakyat malaysia, dan di sini saya cuba sedaya yang boleh mempelajari adat disini, dan saya juga ingin berkongsi adat dari negeri saya. supaya kita dapat memahami negeri orang lain dan menjadi rakyat malaysia.."
pada saya, setiap negeri tu berbeza, andai kata ianya sama, jadi dimanakah keistimewaannya??
tidak rugi jika kita belajar lebih sedikit, bergaul dengan lebih ramai orang, dari pelbagai negeri.. menjadi orang yang pandai itu bagus, tetepi menjadi orang yang pandai dan juga boleh bergaul itu lebih bagus...
semoga kita semua menjadi RAKYAT MALAYSIA..
AMIN
Langgan:
Catatan (Atom)