Rabu, 27 November 2013

indahnya rasa "sayang"


"SAYANG" 
perasaan sayang itu adalah fitrah manusia, allah cipta perasaan itu untuk menjadikan kehidupan seharian yang kita lalui ini lebih indah. Dengan izin allah, akan hadir rasa sayang itu untuk memberi kebahagian kepada hambanya, dan tidaklah allah kembali mengambil rasa sayang itu melainkan ia hanya akan membinasakan hambanya.. Tidakkah sekiranya seseorang itu hidup tanpa ada perasaan sayang hanya akan membinasakan dirinya, dan alagkah indahnya hidup seseorang itu jika dapat memberi rasa sayangnya kepada orang lain dengan ikhlas.

perasaan sayang yang kita bincangkan ini bukanlah tertumpu kepada perasaan sayang seorang wanita kepada seorang lelaki.. perasaan sayang juga ada antara seorang anak kepada ibu bapa mereka, sayang seorang kakak atau abang kepada adik-adik mereka, perasaan sayang dalam persahabatan, perasaan sayang manusia kepada binatang atau apa yang ada di sekitarnya, dan yang paling penting sekali adalah perasaan sayang kita, manusia kepada pencipta kita, iaitu allah..

perasaan sayang itu terlalu indah,, ia sangat bernilai, tidak boleh di beli, tapi mampu dimiliki oleh setiap insan di dunia ni.. tapi kerana keseronokkan melayani perasaan sayang itu, manusia akan lalai, hinggakan lemas dengan perasaan sendiri.. tidakkah kasih sayang itu harus engkau berikan kepada yang lebih layak untuk menerimanya. Dan tidak salah sekiranya kasih sayang yang engkau berikan, tidak engkau harapkan balasan.

"perasaan yang allah kurniakan terhadap kita adalah anugerah,
rasa sayang itu adalah fitrah manusai, 
tetapi harus di "hadkan" agar tidak tersasar"

apabila wujud perasaan sayang kepada seseorang, sebelum kita membuat apa-apa tindakan, cuba tanya diri sendiri, "adakah aku layak untuk memberi sayang ini kepadanya?, kerana adakah aku sedah memberikan seluruh sayang ku kepada pencipta ku??".. bila kita mampu untuk bertanya soalan itu kepada diri sendiri.. kita akan dapat mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang melampaui batas.. dan dalam masa kita cuba menjawab soalan itu, kita akan dapat berfikir dengan lebih waras lagi..

"apabila kamu menggunakan masa lapangmu, untuk mengingati seseorang,
belum tentu lagi orang itu akan menggunakan masa lapangnya untuk menggingati mu,
tetapi jika kamu menggunakan masa mu untuk menggingati allah,
allah akan membalasnya dengan cara yang tidak kamu sangka"

dalam hal ini Rasulullah s.w.a bersabda, "Allah mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmatnya (dari seratus) kepada jin, manusia, dan binatang. dengan rahmat itu mereka saling berkasih sayang  dan berbelas-kasih, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak anaknya. Dan (Allah s.w.a) menangguhkan 99 lagi bahagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada Hari Kiamat nanti" (muslim)
daripada hadis tersebut, alangkah agung kuasa-Nya yang walau hanya menurunkan satu  daripada seratus rahmatnya, tetapi cukup meliputi seluruh makhluk di muka bumi ini. tiadakkah adilnya Allah yang memberikan kasih sayangnya cukup untuk semua. Dan bagaimana dengan diri kita?? adakah kita sudah memberikan kasih sayang kita kepada-Nya, dan sejauh manakah kita telah gunakan rahmat yang diberikan-Nya kepada kita iaitu perasaan kasih sayang kepada makhluk-makhluk lain di muka bumi ini..

kasih sayang itu ibarat pancaran cahaya matahari, bermula daripada ia di ciptakan sehinggalah kini, tidak pernah jemu untuk memancarkan cahayanya untuk menerangi bumi, malah tidak pernah meminta untuk cahaya itu kembali memancar kepadanya. Seharusnya begitulah kasih sayang yang ada di dalam hati kita, limpahkanlah ia terus dan janganlah mengharapkan sebarang balasan daripada apa yang kita berikan.

tidak ada salahnya jika terbit rasa sayang di dalam hati, mulailah mengawal rasa sayang itu dengan menyayangi diri sendiri.. Janganlah meremehkan ciptaan Allah, kerana tidak Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Andainya  sesuatu yang kita sayangi itu diambil, di bawa lari, dan terus hilang daripada pandangan mata, ataupun ia tetap ada di situ tetapi tidak di izinkan kita untuk memilikinya. Maka terimalah ia dengan redha, kerana di setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmah di sebaliknya.

saudara semuslim ku, ingatlah, walaupun otak adalah organ yang terpenting dan mampu menggawal segala tindakkan, tetapi hati adalah punca segala-galanya, hidupnya hati seseorag itu adalah apabila dia sanggup memberikan sesuatu yang dia ada kepada orang lain dengan ikhlas. cukuplah jika diri sendiri sahaja tahu ianya ikhlas, kerana keikhlasan itu ibarat semut hitam di atas batu hitan pada malam yang gelap,, keikhlas itu wujud bukan dinilai menggunakan pandangan mata, tetapi nilailah ia menggunakan mata hati...

sekian Wallahhu'alam...

Khamis, 7 November 2013

"yang aku kagumi"

           Ya allah

  • dia adalah orang yang aku hormati dan sayang selepas ibu bapa ku.
  • walaupun bukan dia yang ajar aku untuk berjalan, 
  • tetapi dia yang menunjukkan aku jalan yang sepatutnya aku lalui, agar aku tidak sesat.
  • walaupun bukan dia yang menyuakan aku makanan untuk aku terus hidup,
  • tetapi dia telah menghidangkan bekalan untuk aku meneruskan kehidupan.
  • walaupun bukan dia yang membelikan aku pakaian untuk menutup aurat ku,
  • tetapi dia telah menyediakan sepersalinan ilmu kehidupan untuk menjaga maruah ku..
           Ya allah

  • jagakan dia semasa ketiadaan ku nanti,
  • jagakan ahli keluarganya, sewaktu dia keluar mendidik anak bangsa,
  • dan aku mohoh, apabila sampai masa ketiadaannya nanti golongkanlah dai dalam golongan orang yang beriman..
.....AMIN....

Hikmah yang tersembunyi


assalamualaikum...
sekarang ni sepatutnya aku study.. tapi tak de mood pula.. dan sebenarnya aku ade benda yang nak di luahkan..
setiap dari kita sememangnya akan melalui saat-saat yang tak berapa nak menyenangkan.. 
samelah macam apa yang aku sedang lalui sekarang ni... bukan ia tidak mneynagkan..
cuma mungkin kerana sesuatu yang terjadi itu bukan atas apa yang kita rancangkan...
tapi sebenarnya siapa kita untuk menentukan apa yang akan berlaku.. kita hanya mampu merancang.. 
tapi yang menentukan ia akan terjadi atau tidak adalah yang di atas sana tu...
kalau hubungan kita denganNYA itu baik.. mungkin apa yang kita rancangkan itu akan dapat dijalankan dengan sempurna... 
adakalanya kita menyalahkan Allah atas apa yang terjadi.. sehingga ke satu tahap kita merasa allah tidak menyangi kita.. kerana itu allah tidak menunaikan apa yang kita hajati...
buakan tidak sayang,,, tetapi kerana sayang lah Allah tidak menunaiknya.. kerana Allah tahu ia bukan yang terbaik buat kita... 
mungkin akan ada pembaca yang akan mengatakan
 "ahh.. cakap boleh lah.. bukanya kau yang lalui semua tu.."
tetapi sebenarnya aku sendiri pon sedang melalui masa-masa yang menyiksa jiwa... di dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu,, aku sendiri dah tak mampu nak meluahkan apa yang seang aku rasakan sekarang ni.
kadang kala perkara yang kita anggap kecil atau remeh itu yang satu masa nanti akan penuh di dalam otak kita.. dan pada masa ini kita harap sangat akan ade pihak yang boleh kita salahkan,.. supaya dia boleh bertanggungjawab, dan perbetulkan semuanya..
......
....MENERIMA... perkataan ini tidak mungkin kita fikirkan apabila kita menghadapi ujian,..
kita akan menangis.. meraung.. merayu.. dan macam-macam lagi supaya sesuatu yang kita tidak inginkan itu hilang.. tapi ia akan hilang ke?? 
pada masa ujian itu datang, kita hanya akan anggap ia begitu menyusahkan... 
kita akan tanya "menggapa ia terjadi kepada aku"..
"kenapa aku??"
"besar sanggat ke silap yang aku dah buat, sehinggakan perkara ini dan itu berlaku"
sesungguhnya berhati-hatilah dengan pertanyaan kita.. kita menganggap ia adalah petanyaan.. 
tetapi sebenarnya ia adalah rungutan.. 
siapa manusia yang sempurna dalam dunai akhir zaman ni??
apabila kita mendengar seseorang itu mengatakan "alhamdulillah" terhadap masalah yang dilaluinya.. 
pasti kita akan menganggap dia tu gila.. 
tetapi kenyataanya orang itu adalah orang yang paling waras sekali.. waras kerana dapat menerima gurawan senda dari allah.. ini kerana setiap ujian yang menimpa manusia itu adalah gurawan tau teguran dari allah..
mari kita muhasabah balik diri ini.. adakah kita ada melukakan hati orang yang terdekat dengan kita..
kalau ada, segeralah meminta maaf..
dan kalau persoalan yang sama ditanyakan kepada aku.. jawapanya adalah ye..
ye.. aku memang ada melukakan hati orang yang ada di sisi aku..
dan disebabkan ujian inilah aku dapat mengetahuinya..
pada hari pertama aku mendapat ujian ini, aku seperti manusia yang lain juga.. aku merunggut.. kenapa in??.. kenapa itu??.. semuanya kenapa.. 
tetapi apabila hari kedua.. aku mula minta di permudahkan.. permudahkan segala-galanya.. 
dan apabila hari berganti hari.. satu persatu hikmah muncul atas ujian yang menipa aku..
barulah pada waktu itu aku mengatakan
"ya allah.. terima kasih untuk ujian yang telah engkau beri kepada ku.,, walaupun ia berat.. namun sekarang ini aku sudah memahaminya.."
sekarang ni, masalah aku belum lagi selesai pun.. tapi aku sudah boleh menerima apa yang berlaku..
cuma, sebagai manusia biasa.. yang imannya lebih nipis dari kulit bawang. aku adakalanya lemah.. 
dan sampai di satu tahap, aku juga berputus asa..
sampai bila ujian ini akan berakhir... hati ini mahu bernafas juga.. kerana sekang ini aku ibarat bernafas di dalam air.. jika menaik nafas, air yang akan masuk dan mungkin akan mati.. tetapi jika tidak bernafas juga mungkin akan mati..

Rabu, 6 November 2013

"maafkan aku sahabat"

"maafkan aku sahabat"

hai sahabat..
ingat lagi kah kamu bagaimana kita boleh berkawan??
kite berkawan kerana meninat perkara yang sama..
kita juga berkongsi minat yang sama..
dan engkau ada di sisi ku pada setiap masa..
aku meletakkan kepercayaan ku kepada mu..
untuk kita sama-sama berjaya

tetapi..
apabila detik diganti waktu, hari diganti bulan,
tiba-tiba hubungan ini menjadi renggang..
aku menjadi serba salah atas kesalahanyang aku sendiri tidak tahu..

wahai sahabat ku..!
andai kesalahan itu datangnya dari diri ku.. 
berlaku jujur lah kepada ku..
andai itu terlalu berat buat mu..
ampunkanlah kesalahn itu..
tetapi andainya engkau tidak lagi mahu berteman dengan ku, 
atas alasan yang engkau sendiri tidak tahu..
khabarkanlah pada ku..
agar dapat ku undur diri..