Rabu, 27 November 2013

indahnya rasa "sayang"


"SAYANG" 
perasaan sayang itu adalah fitrah manusia, allah cipta perasaan itu untuk menjadikan kehidupan seharian yang kita lalui ini lebih indah. Dengan izin allah, akan hadir rasa sayang itu untuk memberi kebahagian kepada hambanya, dan tidaklah allah kembali mengambil rasa sayang itu melainkan ia hanya akan membinasakan hambanya.. Tidakkah sekiranya seseorang itu hidup tanpa ada perasaan sayang hanya akan membinasakan dirinya, dan alagkah indahnya hidup seseorang itu jika dapat memberi rasa sayangnya kepada orang lain dengan ikhlas.

perasaan sayang yang kita bincangkan ini bukanlah tertumpu kepada perasaan sayang seorang wanita kepada seorang lelaki.. perasaan sayang juga ada antara seorang anak kepada ibu bapa mereka, sayang seorang kakak atau abang kepada adik-adik mereka, perasaan sayang dalam persahabatan, perasaan sayang manusia kepada binatang atau apa yang ada di sekitarnya, dan yang paling penting sekali adalah perasaan sayang kita, manusia kepada pencipta kita, iaitu allah..

perasaan sayang itu terlalu indah,, ia sangat bernilai, tidak boleh di beli, tapi mampu dimiliki oleh setiap insan di dunia ni.. tapi kerana keseronokkan melayani perasaan sayang itu, manusia akan lalai, hinggakan lemas dengan perasaan sendiri.. tidakkah kasih sayang itu harus engkau berikan kepada yang lebih layak untuk menerimanya. Dan tidak salah sekiranya kasih sayang yang engkau berikan, tidak engkau harapkan balasan.

"perasaan yang allah kurniakan terhadap kita adalah anugerah,
rasa sayang itu adalah fitrah manusai, 
tetapi harus di "hadkan" agar tidak tersasar"

apabila wujud perasaan sayang kepada seseorang, sebelum kita membuat apa-apa tindakan, cuba tanya diri sendiri, "adakah aku layak untuk memberi sayang ini kepadanya?, kerana adakah aku sedah memberikan seluruh sayang ku kepada pencipta ku??".. bila kita mampu untuk bertanya soalan itu kepada diri sendiri.. kita akan dapat mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang melampaui batas.. dan dalam masa kita cuba menjawab soalan itu, kita akan dapat berfikir dengan lebih waras lagi..

"apabila kamu menggunakan masa lapangmu, untuk mengingati seseorang,
belum tentu lagi orang itu akan menggunakan masa lapangnya untuk menggingati mu,
tetapi jika kamu menggunakan masa mu untuk menggingati allah,
allah akan membalasnya dengan cara yang tidak kamu sangka"

dalam hal ini Rasulullah s.w.a bersabda, "Allah mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmatnya (dari seratus) kepada jin, manusia, dan binatang. dengan rahmat itu mereka saling berkasih sayang  dan berbelas-kasih, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak anaknya. Dan (Allah s.w.a) menangguhkan 99 lagi bahagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada Hari Kiamat nanti" (muslim)
daripada hadis tersebut, alangkah agung kuasa-Nya yang walau hanya menurunkan satu  daripada seratus rahmatnya, tetapi cukup meliputi seluruh makhluk di muka bumi ini. tiadakkah adilnya Allah yang memberikan kasih sayangnya cukup untuk semua. Dan bagaimana dengan diri kita?? adakah kita sudah memberikan kasih sayang kita kepada-Nya, dan sejauh manakah kita telah gunakan rahmat yang diberikan-Nya kepada kita iaitu perasaan kasih sayang kepada makhluk-makhluk lain di muka bumi ini..

kasih sayang itu ibarat pancaran cahaya matahari, bermula daripada ia di ciptakan sehinggalah kini, tidak pernah jemu untuk memancarkan cahayanya untuk menerangi bumi, malah tidak pernah meminta untuk cahaya itu kembali memancar kepadanya. Seharusnya begitulah kasih sayang yang ada di dalam hati kita, limpahkanlah ia terus dan janganlah mengharapkan sebarang balasan daripada apa yang kita berikan.

tidak ada salahnya jika terbit rasa sayang di dalam hati, mulailah mengawal rasa sayang itu dengan menyayangi diri sendiri.. Janganlah meremehkan ciptaan Allah, kerana tidak Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Andainya  sesuatu yang kita sayangi itu diambil, di bawa lari, dan terus hilang daripada pandangan mata, ataupun ia tetap ada di situ tetapi tidak di izinkan kita untuk memilikinya. Maka terimalah ia dengan redha, kerana di setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmah di sebaliknya.

saudara semuslim ku, ingatlah, walaupun otak adalah organ yang terpenting dan mampu menggawal segala tindakkan, tetapi hati adalah punca segala-galanya, hidupnya hati seseorag itu adalah apabila dia sanggup memberikan sesuatu yang dia ada kepada orang lain dengan ikhlas. cukuplah jika diri sendiri sahaja tahu ianya ikhlas, kerana keikhlasan itu ibarat semut hitam di atas batu hitan pada malam yang gelap,, keikhlas itu wujud bukan dinilai menggunakan pandangan mata, tetapi nilailah ia menggunakan mata hati...

sekian Wallahhu'alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan