"yang aku kagumi"
Ya allah
- dia adalah orang yang aku hormati dan sayang selepas ibu bapa ku.
- walaupun bukan dia yang ajar aku untuk berjalan,
- tetapi dia yang menunjukkan aku jalan yang sepatutnya aku lalui, agar aku tidak sesat.
- walaupun bukan dia yang menyuakan aku makanan untuk aku terus hidup,
- tetapi dia telah menghidangkan bekalan untuk aku meneruskan kehidupan.
- walaupun bukan dia yang membelikan aku pakaian untuk menutup aurat ku,
- tetapi dia telah menyediakan sepersalinan ilmu kehidupan untuk menjaga maruah ku..
Ya allah
- jagakan dia semasa ketiadaan ku nanti,
- jagakan ahli keluarganya, sewaktu dia keluar mendidik anak bangsa,
- dan aku mohoh, apabila sampai masa ketiadaannya nanti golongkanlah dai dalam golongan orang yang beriman..
.....AMIN....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan