Jumaat, 3 Oktober 2014

kedukaan ini



ya allah...
di setiap bayangan buruk ku telah engkau jadikan kenyataan..
di setiap keinginan indah ku telah engkau letakkan halangan..
di setiap angan-angan ku telah engkau jadikannya hanya mimpi indah untuk ku..

ya allah...
aku terluka oleh orang di sekeliling ku..
mereka yang aku sayangi menjadikan aku seolah-olah tidak mempunyai perasaan..
di setiap luka yang mereka toreh di hati ku. aku tetap juga sayang kepada mereka..
menggapa hati ini tidak hanya benci kepada mereka??
menggapa aku tidak mampu untuk membalas segala apa yang mereka buat kepadaku..
menggapa aku masih boleh memaaf kan mereka..
aku juga ingin mereka merasa sakit yang aku rasakan ini..
kerana tidak ada sesiap pun yang mendengar rintihan ku melainaan engkau ya allah..

ya allah...
semalam aku berpura-pura bahagia..
hari ini juga aku berpura-pura ketawa..
bagaimana dengan hari esok??

ya allah...
bantulah diri ini dan mereka yang memerlukan di luar sana

AMIN..

kerana jarak itu memisahkan..


assalamualaikum..
bismillah.. dan alhamdulliah.. 
kini diri ini adalah sebagai seorang mahasiswi di salah satu pusat pengajian tinngi awam di malaysia.. saya telah bejalan membelah awan, melalui langit, terawang di udara untuk sampai ke sini.. negeri sabah di bawa bayu.. azam yang telah di tanam untuk menjadi manusia yang berguna kini telah mula di praktikkan.. saya berada di tempat baru, berjumpa dengan orang yang baru, juga menerima logat bahasa yang baru.. setiap kelainan yang saya jumpa, saya jadikan ia sebagai pelajaran yang baharu.. 

tetepi rupanya ada jarak yang memisahkan negeri di sini dengan negeri yang disana.. walaupun kita semua ini adalah di bawah satu negara. tetapi kita ini meletakkan diri ini sebagai "ORANG NEGERI" dan bukannya "NEGARA".. 

SEMENANJUNG..
masih wujud mereka yang di sememnanjung yang menganggap bahawa negeri sabah dan serawak itu mundur, orang asli, tidak mempunyai pendidikan.. 

SABAH DAN SERAWAK
mereka ini menganggap orang sememnanjung ini sombong, bongkak, dan lebih baik duduk di semenanjung sahaja.. 

ye.. jarak negeri kita berjauhhan. kita saling tidak dapat untuk berkongsi adat dan pendapat. apabila semenanjung dan sabah serta serawak ini bertemu, kita saling tidak dapat menerima kehadiran masing-masing... hubungan persahabatan menjadi kekok dan ini akan menyebabkan kite susah untuk belajar adat resam negeri masing-masing..  kalau beginilah keadaannya, sampai bila-bila pun kita ini hanya manjadi "ORANG NEGERI".. 

Ada seseorang yang memberi tahu saya, "sabah dan serawak boleh mentadbir negeri sendiri dan tidak perlu berada di bawah "negara malaysia".. saya, tidak menafikan, tetapi saya juga tidak mengiakan.. saya hanya menjawab, "saya ke sini sebagai rakyat malaysia, dan di sini saya cuba sedaya yang boleh mempelajari adat disini, dan saya juga ingin berkongsi adat dari negeri saya. supaya kita dapat memahami negeri orang lain dan menjadi rakyat malaysia.."

pada saya, setiap negeri tu berbeza, andai kata ianya sama, jadi dimanakah keistimewaannya??
tidak rugi jika kita belajar lebih sedikit, bergaul dengan lebih ramai orang, dari pelbagai negeri.. menjadi orang yang pandai itu bagus, tetepi menjadi orang yang pandai dan juga boleh bergaul itu lebih bagus...

semoga kita semua menjadi RAKYAT MALAYSIA..
AMIN

Ahad, 28 September 2014

Di hati kecil ini



sudah semistinya setiap manusia mampunyai ke inginan yang tersendiri..tetapi adakan kita dapat untuk memiliki ke semuanya, bukan semua daripada kita mampu untuk menerima, seandainya kita tidak dapat memiliki apa yang di inginkan.. pada saat itu, pasti diri akan berasa

"menggapa dunia ini terlalu kejam?" 
"di  mana lagi yang perlu di perbaiki agar kita tetap dapat memilikinya?".. 
"kenapa?? adakah diri ini belum cukup layak untuk memilikinya??" 

dengan kata lain, kita pasti akan mencuba untuk memcari punca yang menyebabkan sesuatu itu berlaku... kerana selagi kita tidak mendapat jawapan atas semua soalan itu, pasti hati ini tidak akan tenteram,,, jantung yang berdegup seolah-olah memaksa diri mencari jawapan, walau di mana ia berada,  segala kenangan yang kita alami, seolah-olah telah menjadi tayangan ulangan secara tetap yang hanya membuat mata tidak pernah kering daripada kunjungan air mata, penutup sesuatu hari itu adalah pertanyan demi pertanyaan.. dan akhirnya tertidur dalam kepenatan mancari sesuatu yang tidak tahu di mana keberadaannya... dan datangnya hari esok adalah untuk mengulang apa yang berlaku pada semalamnya... 

"benarkah masa akan mengubati semuanya??"
"adakah saya mampu untuk berjalan pergi meninggalkan semua yang saya sayangi ??"
"mampukah kita berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku pada hari yang mendatang??"
"adakah saya mampu untuk mencari kebahagian yang mutlak milik diri ini??. 


"halal".. ia merupakan satu daripada pelepasan untuk umat islam memiliki sesuatu..  tetapi janga lupa bukan semua yang halal itu akan menjadi akan menjadi milik kita... adakalanya ia hanya halal untuk di lihat, tetapi buakan untuk di miliki....

Hati yang keadaannya sedang terluka sering mengajar akal  tentang perkara yang buruk untuk di lakukan. kerana dalam masa itu tindak tanduk yang di zahirkan bukanlah datangnya dari akal, tetapi dari hati....

sabarlah wahai hati, teguhlah wahai iman, waraslah wahai akal...
semua yang berlaku ada sebabnya,, walaupun ketika ini kita tidak dapat menerimanya.. akan ada satu masa nanti kita akan kembali berfikir tetang segala yang telah di tinggalkan di belakang.. kerana apa yang ada di belakang menyebabkan kita akan ke depan...
mana ada langkah ke hadapan yang tidak di tinngalkan di belakang...

semoga dapat menjalani apa yang telah di rangcang oleh Allah...
Amin...

Jumaat, 22 Ogos 2014

DI HUJUNG PNINGGALAN


bismillah...
aku menulis ini hanya kerana aku tidak mampu untuk menzahirkan kata-kata ini dari mulut ku sendiri, kerana andai kata aku menzahirkanny mungkin akan ada hati yang bakal terluka dan akan ada yang melukakan,, 
andai kata dia menjumpai apa yang kau tulis ini, maka itu adalah takdir,, 
hati ini sudah cukup sesak untuk berpura-pura seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku,, aku cuba untuk berkelakuan sebaik mungkin untuk menjernihkan hubungan ini,, aku meletakkan semua kesalahan ini di bahu ku dan berusaha untuk senyum setiap kali berdepan dengan kamu.. 
aku cuba sebaik mungkin untuk tidak manjadikan hubungan ini janggal, kerasa sebelum ini hubungan yang terjalin itu membahagiakan aku.. 
bukan aku mintak untuk kamu memohon kemaafan dari ku. cukup sekadar kamu dapat melayan ku dengan mesra seperti rakan-rakan ku yang lain.. 
tetapi aku seakan-akan berusaha seorang diri.. kerana setiap kali aku mencuba untuk mendekati mu seperti mereka yang lain.. engkau seolah-olah menjauhkan diri mu dari ku.. adakah segalanya akan menjadi pahit kerana satu kesilapan dulu..
tidak boleh kah engkau mengalah sedikit untuk ku.. 
kini aku bakal pergi.. pergi jauh dari pendangan zahir dan juga terlalu jauh dari rasa batin mu...adakah di hujung peninggalan ini juga engkau masih mahu menjauhi ku.. tidak kah engkau mahu memberikan aku pelukkan dan menghadiahkan aku dengan kata-kata semangat mu??
adakah aku terlalu tidak layak untuk mendapatkan semua itu sedangkan aku juga adalah salah seorang dari mereka yang engkau beri ilmu itu??
adakah aku sebenarnya tidak sepatunya menjejakkan kaki ku di tempat mu.. 
maaf aku katakan.. tapi ini adalah rasa terluka yang paling perit yang engkau beri kepada ku...
ye.. aku kecewa dan sangat terkilan... terlalu terkilan sehinggakan aku tidak mampu untuk meluahkannya... 

 aku akan pergi jauh....

Khamis, 17 April 2014

ku kirim hadiah untuk mu


Selamat hari lahir, wahai hamba allah yang mulia,,
aku tidak berada di sisi mu, bukan bererti aku membenci,,
aku tidak memberi ucapan, bukan bermakna aku melupakan,,
aku tidak mengirim hadiah dunia, bukan kerana aku tidak mahu..

selamat hari lahir, wahai wanita soleha itu.
aku ingin sekali berada di sisi mu, saat kamu sedang bahagia atau sebaliknya,
aku ingin mengucapkan tahniah, di saat ekngkau sedang berjaya,
aku ingin sekali memberikan engkau ganjaran, pada setiap kejayan mu..

selamat hari lahir, wahai saudari yang pernah memberikan kasihnya kepada ku.
aku tidak mamu untuk berada di sisi zahir mu, aku hanya mampu untuk terus menemani mu dalam doa ku,
aku tidak layak untuk memberi apa-apa kepada mu di dunia ini, maka aku kirim doa ku kepada tuhan mu,
aku tidak dapat untuk membahagikan mu dengan pemberian duniawi ini, maka akan ku kirimkan setiap doaku untuk mu..

selamat hari lahir, wahai wanita yang ku kasihi..
mungkin hadiah ini tidak dapat engkau nilaikan dengan nilai dunia ini,, maka engkau nilailah in di akhirat kelak,
semoga dapat engkau nilaikan apa yang telah aku kirimkan untuk mu..

Isnin, 24 Mac 2014

rasa sedih ini..


jika rasa sedih itu adalah air,
biarlah ia mangalair ke akar-akar pohon,
ke tanah-tanah gersang,
ke tasik-tasik yang kekeringan,
semoga ada manfaatnya kepada yang lain.
tetapi jangan lah ke mataku,
keran sudah terlalu banyak air yang mengalir dari situ,
kerana akau takut air mata ku ini tidak amampu memadamkan api neraka mu,
malah hanya mambawa kepada kemungkaran mu.

jika rasa sedih itu adalah angin,
biarlah ia menghembus lembut ke hamparan-hamparan yang ketandusan,
ke kawasan burung yang mendambakan angin,
semoga ada manfaaatnya kepada yang lain.
tetapi janganlah ke jiwa ku,
kerana sedah terlalu lama angin yang bergelora di situ,
kerana aku takuti angin dalam jiwa ku ini tidak mampu menjadikan aku kuat ke jalan mu,
malah hanya membawa kepada kemurkaan mu.

jika rasa sedih itu ketajaman,
biarlah ia digunakan untuk menhunus musuh-musuh islam,
untuk mengasah akal para perjunag agama,
semoga ada manfaat kepada yang lain.
tetapi janganlah ke hatiku,
kerana sudah terlalu dalam luka yang terhiris,
kerana aku takuti ketajaman ke hatiku itu tidak mampu manjadikan hatiku ini ikhlas untuk mu,
malah hanya mengundang kepada kemurkaan mu.

wasalam...

-Syed Roslan-


Rabu, 19 Februari 2014

ini bahagian ku.. (PMR)


assalamualaikum...
saya mempunyai satu cerita menarik yg ingin saya kongsikan.. ia bukanya cerita mengenai orang lain,, ianya mnegenai diri saya sendiri.. bukan untuk menunjuk-nunjuk, harapan saya adalah semoga cerita yang ingin saya kongsikan ini akan dapat di ambil sebagai satu perkongsian hidup untuk mereka di luar sana...

saya adalah anak sulung antara 4 orang adik-beradik, ya.. keluarga saya tidaklah ramai, tetapi mungkin ini sudah nasib saya, antara 4 orang adik-beradik ini, saya seorang yang tidak bersekolah, sama ada sekolah rendah mahupun menengah, bukan kerana kewangan, tetapi,, entahlah,, saya sendiri pun tidak pasti alasan sebenar menggapa saya tidak bersekolah,... pada umur yang muda ini, saya menjalani kehidupan yang jauh lebih tua dari umur saya.. saya menghadapi hari-hari saya dengan menelan soalan-soalan dari masyarakat di sekitar saya... apa yang patut saya katakan bila mereka bertanya 

"menggapa kamu tidak bersekolah??"
"kamu ni memang tidak akan berjayalah, kalau kamu tidak bersekolah!!"
"kalau budak yang macam kamu ni, memang tak akan boleh kerjalah, sebab nanti semua kerja perlukan sijil"
"kamu ni misti kawin awal lah,, ye lah,, tak sekolah,, bukannya boleh kerja pun kat luar sana.."

saya mula di hujani dengan pelbagai soalan in sejak umur saya 10 tahun lagi.. pada umur yang begitu muda,, apa yang saya boleh buat.. saya hanya mampu menangis sahaja di dalam bilik.. ibu bapa saya sudah cukup banyak untuk di fikirkan, saya tidak mahu membebankan lagi mereka.. di tambah lagi saya tidak mempunyai kawan kerana saya tidak bersekolah.. jadi pada masa itu saya hanya ada diri saya sahaja.. 

dalam usaha saya untuk menidakkan semua tomahan masyarakat, saya terus menjalani masa yang umpama duri yang bukan sahaja mencederakan kaki ini, malahan seluruh angota yang saling bergantung antara satu sama yang lain..

dalam diam umur saya telah pun 15 tahun, pada masa ini saya telah pun bekerja sambil belajar di sebuah kedai jahit kepunyaan sepasang suami isteri, mereka mengambil saya bekerja atas dasar kasihankan masa depan saya,, alangkan gembiranya hati kerana dapat keluar daripada dunia bersendiriaan, saya mengambil kesempatan sepenuhnya dengan mempelajari teknik menjahit, kerana saya telah mula merancang untuk memasuki sekolah menjahit apabila sudah cukup umur nanti... 

sangkakan hujan itu membawa banjir, rupanya ada pelangi yang muncul selepas itu. dalam masa saya bekerja di kedai jahit tersebut, saya telah berjumpa dengan anak kepada pemilik kedai jahit itu,, atas nasihat, dorongan dan bantuan dia, saya telah dapat bersekolah kembali.. walaupun pada masa itu hanya tingga 3 bulan sahaja sebelum PMR, saya tetap telah bertekat untuk kembali bersekolah semula, setelah hampir 9 tahun tidak bersekolah... walaupun segala urusan untuk saya kembali sersekolah tidaklah mudah, tetapi dengan izin allah saya tetap dapat bersekolah..

bagi saya, zaman persekolahan saya baru bermula, tetapi bagi mereka yang sebaya dengan saya, ianya zaman kesensaraan bagi mereka, kerana mereka telah lama memulainya dan ingin cepat-cepat mengakhirinya. 

allhamdulillah, semangat saya kuat untuk mula berlajar, mula belajar mengeja, mengira, dan juga membaca.. peperiksaan PMR yang semakin mendekat saya jemputnya dengan hati yang terbuka,, saya tahu harapan untuk saya mendapat keputusan yang cemerlang memang tidak ada, tetapi tidak salah sekiranya saya meletakkan sedikit impian untuk berjaya,, 

3B 2C 1D 2E

inilah hasil titik peluh saya selama tiga bulan.. walaupun ianya tidak seberapa.. tetapi ia adalah permualan cerita hidup saya..

Rabu, 29 Januari 2014

ini doa ku..

" Ya Allah.. sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa yang berlaku di langit dan di bumi,, inikan pula apa yang berlaku di dalam hatiku.. Ya Allah,, sesungguhnya kehiduan yang aku lalui ini adalah atas kehendak mu.. dan sesungguhnya engkau lebih mengelali diri ku ni, berbanding aku.. aku terlalu kerdil untuk meminta, tetapi tidak ada sesiapa lagi yang lebih layak untuk aku meminta pertolongan..."

"Ya Allah.. bantulah aku untuk menjadi seorang anak yang baik, hamba yang taat kepada mu, dan juga seseorang yang berguna kepada masyarakat ku.. selamatkan lah aku daripada gelora nafsu manusia.. selamatkanlah ibu bapa ku, ahli keluarga ku, mereka-mereka yang aku sayang, dan juga semua saudara yang seislam denga ku.. selamatkan lah kami di dunia dan di akhirat kelak.."

"Ya Allah.. hati ku ini dalam keadaan yang gundah gelana.. aku di dalam gelora "perasaan" dan "iman".. kehadiran seseorang yang pada mulanya menjadi salah satu dahan kegembiraan dan kebahagian ku, kini telah patah,, pemergiannya meninggalkan kenangan yang menghantui kehidupan ku.. aku menjadi seorang yang sering merungut, dan sering mempersoalkan apa yang telah engkau takdirkan untuk ku.. "

"Ya Allah... "iman" ku ingin meredhai pemergiannya,, aku ingin memaafkan perbuatanya, aku ingin berbaik semula dengannya atas dasar saudara sesama islam.. aku ingin menjadikan semua masa yang aku pernah luangkan untuknya sebagai kenangan yang terindah.. aku ingin menghalalkan segala masa, perhatian dan segala-galanya yang pernah aku berikan kepadanya.. aku ingin menerima segala yang telah engkau tentukan untuk ku ini dengan redha.. aku ingin melepaskan segala-galanya agar hati ini dapat bernafas,, aku ingin melupakan semuanya agar tidak ada dendam yang tumbuh di hati ini.. "

"Tetapi "perasaan" ku tidak begitu.... alangkah beratnya semua itu... menggapa semakin aku mencuba,,, semakin aku terluka.... aku benar-benar ingin dia tahu yang aku sangat terluka di sini.. bukan aku mahu dia juga terlluka.. tetapi fahamilah yang aku masih tersekat di tempat semuanya berakhir.. aku masih tidak mampu mengangkat kaki untuk melangkah pergi.. kerana aku takut yang dia akan kembali, dan aku tidak ada di situ... aku tidak tahu menggapa aku masih lagi mengharapkan yang semua ini hanya satu mimpi,, dan segala akan kembali seperti dulu apabila aku bangun pada keesokkannya.. bantulah aku ya allah..."

"Ya Allah.. bantulah aku meredhai segalanya,,, menghalalkan semuanya,,, dan memaafkannya agar tidak tumbuh perasaan benci kepadanya,,, aku tidak sanggup membenci seseorang yang aku sayang.. aku tidak mahu memusuhinya sedangkan aku sangat merinduinya.. aku tidak mahu memalingkan muka ini dari memandangnya kerana aku sangat ingin menatap wajahnya.. "

"Ya Allah.. izinkan aku terus mengingati dia kerana, aku tidak mampu melupakannya.. izinkan aku terus menyayanginya kerana aku tidak mungkin boleh membenciya.. bantulah aku menghalalkan semuanya, kerana aku tidak ingin membebankan dia di akhirat kelak.. kerana aku telah menganggapnya seperti ibu ku sendiri..."

Amin..