jika rasa sedih itu adalah air,
biarlah ia mangalair ke akar-akar pohon,
ke tanah-tanah gersang,
ke tasik-tasik yang kekeringan,
semoga ada manfaatnya kepada yang lain.
tetapi jangan lah ke mataku,
keran sudah terlalu banyak air yang mengalir dari situ,
kerana akau takut air mata ku ini tidak amampu memadamkan api neraka mu,
malah hanya mambawa kepada kemungkaran mu.
jika rasa sedih itu adalah angin,
biarlah ia menghembus lembut ke hamparan-hamparan yang ketandusan,
ke kawasan burung yang mendambakan angin,
semoga ada manfaaatnya kepada yang lain.
tetapi janganlah ke jiwa ku,
kerana sedah terlalu lama angin yang bergelora di situ,
kerana aku takuti angin dalam jiwa ku ini tidak mampu menjadikan aku kuat ke jalan mu,
malah hanya membawa kepada kemurkaan mu.
jika rasa sedih itu ketajaman,
biarlah ia digunakan untuk menhunus musuh-musuh islam,
untuk mengasah akal para perjunag agama,
semoga ada manfaat kepada yang lain.
tetapi janganlah ke hatiku,
kerana sudah terlalu dalam luka yang terhiris,
kerana aku takuti ketajaman ke hatiku itu tidak mampu manjadikan hatiku ini ikhlas untuk mu,
malah hanya mengundang kepada kemurkaan mu.
wasalam...
-Syed Roslan-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan