Rabu, 19 Februari 2014

ini bahagian ku.. (PMR)


assalamualaikum...
saya mempunyai satu cerita menarik yg ingin saya kongsikan.. ia bukanya cerita mengenai orang lain,, ianya mnegenai diri saya sendiri.. bukan untuk menunjuk-nunjuk, harapan saya adalah semoga cerita yang ingin saya kongsikan ini akan dapat di ambil sebagai satu perkongsian hidup untuk mereka di luar sana...

saya adalah anak sulung antara 4 orang adik-beradik, ya.. keluarga saya tidaklah ramai, tetapi mungkin ini sudah nasib saya, antara 4 orang adik-beradik ini, saya seorang yang tidak bersekolah, sama ada sekolah rendah mahupun menengah, bukan kerana kewangan, tetapi,, entahlah,, saya sendiri pun tidak pasti alasan sebenar menggapa saya tidak bersekolah,... pada umur yang muda ini, saya menjalani kehidupan yang jauh lebih tua dari umur saya.. saya menghadapi hari-hari saya dengan menelan soalan-soalan dari masyarakat di sekitar saya... apa yang patut saya katakan bila mereka bertanya 

"menggapa kamu tidak bersekolah??"
"kamu ni memang tidak akan berjayalah, kalau kamu tidak bersekolah!!"
"kalau budak yang macam kamu ni, memang tak akan boleh kerjalah, sebab nanti semua kerja perlukan sijil"
"kamu ni misti kawin awal lah,, ye lah,, tak sekolah,, bukannya boleh kerja pun kat luar sana.."

saya mula di hujani dengan pelbagai soalan in sejak umur saya 10 tahun lagi.. pada umur yang begitu muda,, apa yang saya boleh buat.. saya hanya mampu menangis sahaja di dalam bilik.. ibu bapa saya sudah cukup banyak untuk di fikirkan, saya tidak mahu membebankan lagi mereka.. di tambah lagi saya tidak mempunyai kawan kerana saya tidak bersekolah.. jadi pada masa itu saya hanya ada diri saya sahaja.. 

dalam usaha saya untuk menidakkan semua tomahan masyarakat, saya terus menjalani masa yang umpama duri yang bukan sahaja mencederakan kaki ini, malahan seluruh angota yang saling bergantung antara satu sama yang lain..

dalam diam umur saya telah pun 15 tahun, pada masa ini saya telah pun bekerja sambil belajar di sebuah kedai jahit kepunyaan sepasang suami isteri, mereka mengambil saya bekerja atas dasar kasihankan masa depan saya,, alangkan gembiranya hati kerana dapat keluar daripada dunia bersendiriaan, saya mengambil kesempatan sepenuhnya dengan mempelajari teknik menjahit, kerana saya telah mula merancang untuk memasuki sekolah menjahit apabila sudah cukup umur nanti... 

sangkakan hujan itu membawa banjir, rupanya ada pelangi yang muncul selepas itu. dalam masa saya bekerja di kedai jahit tersebut, saya telah berjumpa dengan anak kepada pemilik kedai jahit itu,, atas nasihat, dorongan dan bantuan dia, saya telah dapat bersekolah kembali.. walaupun pada masa itu hanya tingga 3 bulan sahaja sebelum PMR, saya tetap telah bertekat untuk kembali bersekolah semula, setelah hampir 9 tahun tidak bersekolah... walaupun segala urusan untuk saya kembali sersekolah tidaklah mudah, tetapi dengan izin allah saya tetap dapat bersekolah..

bagi saya, zaman persekolahan saya baru bermula, tetapi bagi mereka yang sebaya dengan saya, ianya zaman kesensaraan bagi mereka, kerana mereka telah lama memulainya dan ingin cepat-cepat mengakhirinya. 

allhamdulillah, semangat saya kuat untuk mula berlajar, mula belajar mengeja, mengira, dan juga membaca.. peperiksaan PMR yang semakin mendekat saya jemputnya dengan hati yang terbuka,, saya tahu harapan untuk saya mendapat keputusan yang cemerlang memang tidak ada, tetapi tidak salah sekiranya saya meletakkan sedikit impian untuk berjaya,, 

3B 2C 1D 2E

inilah hasil titik peluh saya selama tiga bulan.. walaupun ianya tidak seberapa.. tetapi ia adalah permualan cerita hidup saya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan